TUGAS & TANGGUNGJAWAB
Penerbit
Penerbit ialah seorang yang bertugas mereka adegan dan keadaan penggambaran filem, dengan memulakan, menyelaras, menyelia dan mengawal hal-hal pembiayaan, mengupah kakitangan utama dan berunding dengan pengedar. Penerbit juga terlibat sepanjang semua fasa proses penggambaran dari pembangunan awal hingga projek disiapkan.
Lazimnya, penerbit dianggap sebagai ketua kakitangan, manakala pengarah memimpin garisan. Organisasi "garisan dan kakitangan" ini seolah-olah yang diamalkan dalam syarikat besar dan tentera. Mengikut susun atur organisasi ini, penerbit mengawal seluruh hal projek dan boleh melucutkan pengarah, tetapi pengarahlah yang sebenarnya membuat filem. Juga ada "Penerbit Langsung" yang membantu dalam hal-hal kewangan dan penerbitan seharian "pada garis" ketika proses penggambaran.

Penerbit Eksekutif (EP)
Penerbit Eksekutif (atau singkatannya, EP), kadang-kadang dipanggil Eksekutif yang bertanggungjawab dalam soal pengeluaran serta pengeluar yang tidak terlibat dalam mana-mana aspek-aspek teknikal dalam proses membuat filem atau muzik dalam takrif asal, tetapi yang masih bertanggungjawab untuk pengeluaran keseluruhan. Hari ini, bagaimanapun, gelaran itu telah menjadi kabur, terutama dalam filem cereka.Adakalanya boleh menjadi wakil atau CEO studio perfileman untuk projek besar, atau gelaran ini diberikan sebagai penghormatan kepada pelabur utama. Biasanya, Penerbit Eksekutif menyelia aspek-aspek kewangan, pentadbiran dan kreatif dalam penerbitan, biarpun tidak semestinya berkeupayaan teknikal. Dalam syarikat lebih kecil atau projek bebas, pencipta/penulis boleh menjadi Penerbit Eksekutif. Biasanya, "penerbit langsung" diberi gelaran ini jika cukup berpengalaman, atau lebih banyak memikul tugas berbanding penerbit langsung yang biasa, CONTOH: Bertugas dari peringkat pembangunan hingga pascapenerbitan, atau sekadar mempamerkan tahap kepakaran yang mengagumkan.
No comments:
Post a Comment